Tuesday 15 May 2012

Cat Minyak : Proses Mencatan

  1. Buat lakaran kasar dengan pensil atau arang.
  2. Warnakan latar belakang mengikut warna objek.
  3. Memperincikan catan dengan berus yang lebih halus supaya wujud kesan perspektif, bentuk   dan jalinan.
  4. Kemasan dan persembahan dengan membingkaikan catan.

Cat Minyak : Teknik Catan Minyak

1.Teknik Titik (Pointilistic)
-Titikan warna dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik warna. Jika dilihat dari jarak yang jauh, titik-titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna baharu. Kesan ini terhasil daripada campuran warna secara optikal.



Cat Minyak : Alatan Dan Bahan

Alatan dan Bahan

1. Sejenis pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.
2. Bahan Pengilat ialah minyak linseed, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.
3. Bahantara yang digunakan ialah turpentine.
4. Ciri-ciri: bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan
5. Alat dan bahan yang digunakan seperti berus pelbagai saiz, pisau palet, plat pembancuh warna, bekas minyak linsid, turpentine, kekuda (easel), kanvas atau sebarang permukaan.


Cat Minyak



Catan Cat Air - Teknik Mewarna - Buah-buahan



1. Buat lakaran terlebih dahulu. Setelah lakaran dibuat pilih warna yang sesuai untuk diwarnakan.


Monday 14 May 2012

Cat Air : Teknik Cat Air

BASAH ATAS BASAH

Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. 

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang